Saturday, February 11, 2012

Friday, January 6, 2012

HARGAI PENGORBANAN SEBUAH PERCINTAAN

Baca cerita dan fhmkan cerita nie elok2....ni la lumrah kejadian manusia...

Hari ini aku pulang dari kerja agak awal dari biasa. Memandangkan hari masih awal,
aku mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota. Sekadar melepaskan
penat bekerja seharian. Hmm...sudah lama aku tidak berkesempatan mengambil angin seperti
petang ini. Seronok pula rasanya walaupun manusia sentiasa memenuhi segenap ruang disana
sini. Sedang aku leka melihat barang-barangan yang dijual di sekitar Masjid India, aku
terlihat sekumpulam manusia sedang leka berkerumun melihat sesuatu. Pastinya sesuatu yang
menarik!
Terdetik juga dihati ini ingin melihat apakah yang melekakan mereka semua sehingga
langsung tidak berganjak dari tempat mereka berdiri. Entah mengapa hatiku semakin kuat
meronta-ronta ingin melihat apabila orang ramai yang mengerumuni bertepuk tangan.
Seolah-olah mereka sedang melihat ahli silap mata membuat magic. Aku juga pelik dengan
perasaanku yang tiba-tiba ini. Mungkin ianya sesuatu yang menarik? Mungin juga...siapa
tahu.
Ketinggian yang ku miliki langsung tidak membantu ku melihat. Puas ku cuba
berasak-asak dengan mereka yang lain. Harapanya dapatlah ku kehadapan bagi melihat
dengan jelas lagi ‘panorama’ didepan sana. Namun, hanya bau-bauan yang tidak tertahan
menghidangi hidungku ini. Masam...masin... manis...semua ada!
Tidak mahu mengalah, aku bergerak ke sebelah kanan pula. Ya! Dari sini aku nyata
boleh melihat dengan jelas. Namun apa yang terpampang dihadapanku hanyalah perkara
biasa... seorang pelukis jalanan yang sedang tekun melukis potret seorang wanita.
Dikelilingnya juga penuh dengan lukisan potret pelbagai wajah.
Memang tidak disangkal, lukisan-lukisan nya semua tampak hidup. Cantik! Tapi apa
yang dipelikkan? Di sekitar bandar raya ini juga setahu ku terdapat ramai lagi pelukis jalanan.
Namun, tidaklah terlalu mendapat perhatian seperti pemuda ini.
Apa istimewanya lelaki ini? Adakah wajahnya kacak sehingga meraih perhatian? Tapi
serasaku tidak logik pula. Kalau benar pun pemuda itu terlalu kacak, pastinya dia hanya
mendapat perhatian gadis-gadis saja. Namun kini bukan saja para gadis, ‘mak-mak’ dan
‘bapa-bapa’ juga turut setia melihat.
Takkan orang KL tak pernah tengok orang melukis potret??? Ada baca ayat ‘gunaguna’
ke??? Alamak...terlebih sudah! Hehehe. Aku cuba mengintai wajah pemuda itu tapi
gagal kerana kedudukannya membelakangi ku. Yang kelihatan hanyalah lukisan potretnya
yang hampir sempurna siap.
Selagi aku tidak melihat wajah pemuda itu dan keistimewaanya, hatiku ini tidak akan
puas. Mungkin bukan rezeki ku hari ini.Esok aku akan datang lagi...
***
***
“Lewat kau balik, Wan?” Hadi yang melihat sahabatnya itu terkial-kial membawa
perkakas lukisan ditangan turun membantu.
“Hmm...ramai sangat pelanggan tadi. Tak menang tangan aku...” Ikhwan menghela
nafas. Penat siang tadi masih belum hilang.
“Yeke? Alhamdulillah...murah rezeki kau, Wan.” Hisyam yang sedang leka menonton
drama Impak Maksima, menyampuk.
“Alhamdulillah. Aku pun tak sangka di bandar besar macam ni masih ada rezeki
menanti untuk orang macam aku ni.” Wajah Ikhwan berubah mendung.
Melihat akan perubahan di wajah sahabat mereka itu, Hadi dan Hisyam mendekati.
Mereka tahu apa yang difikirkan Ikhwan itu.
“ Wan, dahlah tu. Sebagai hamba Allah, kau kena redha dengan Qada dan Qadha
nya.” Hadi menepuk-nepuk bahu sasa sahabatnya sebagai tanda semangat. Hisyam disebelah
mengangguk tanda mengiyakan.
Ikhwan seyum. Dia tahu Hadi dan Hisyam merupakan sahabat yang baik...di masa
senang mahupun susah. Dia berasa sungguh bertuah dapat memiliki sahabat sebaik mereka.
“Aku tahu. Terima kasih Hadi...Syam.”
Ikhwan bangkit. Berlalu ke bilik. Badan harus dibersihkan dan diri ini pula
memerlukan rehat secukupnya kerana esok masih banyak tugas yang menanti.
***
***
Masjid India, 10 pagi...
Sengaja aku datang ke sini lebih awal hari ini. Niatku bukan untuk membeli-belah
tetapi memburui agenda yang tidak kesampaian semalam.
Dari jauh sudah kelihatan orang ramai sudah berpusu-pusu mengelilingi pelukis
jalanan itu. .Hmm! Nampaknya ada lagi yang lebih awal dari aku. Cuma ia tidaklah seramai
semalam. Mungkin hari masih awal.
Naluri ku kuat mengatakan lelaki ini pasti ada yang ‘istimewa’ tentangnya kerana
semalam dia turut hadir dalam mimpiku. Walaupun begitu, wajahnya tidak jelas kelihatan.
Sesungguhnya, kehadirannya mengundang misteri kepadaku. Siapa dia???
***
***
Masjid India, 10 malam...
Jam sudah menjengah ke angka 10 malam. Aku masih disini. Setia menati si dia.
Hanya memerhati dari jauh. Tidak pernah aku membuat kerja segila ini!
Untuk mendekatinya terus serasa tidak sesuai kerana dia begitu sibuk melayan
‘pelanggan-pelanggannya.’ Oleh itu, aku membuat keputusan menantinya sehingga dia
selesai melakukan ‘tugasnya’ untuk malam itu.
Sewaktu dia sedang leka mengemas perkakas lukisannya, aku terus menjalankan misi
ku yang tertangguh kelmarin.
“Encik, boleh tolong lukiskan potret saya?” Aku pura-pura bertanya. Sengaja ingin
mengumpanya bersembang denganku.
“Maaf, cik. Saya dah nak balik ni. Hari pun dah lewat. Cik datang esok saja ye.” Dia
tidak memandangku. Tangannya tangkas mengemas tanpa mempedulikan kehadiranku.
Ape...tak cantik ke aku ni?!
Dalam samar-samar cahaya itu aku dapat melihat wajahnya dengan jelas. Kacak!
Matanya...keningnya... hidungnya...mulutnya... semuanya cantik terbentuk.
Aku bagaikan berada dalam duniaku sendiri. Terasa seperti jatuh cinta pandang
pertama. Tetapi mengapa dia tidak memandangku? Seakan tersedar dari mimpi yang panjang,
aku kembali ke alam nyata.
“Encik, tolonglah. Satu potret je.” Aku merayu lagi. Dengan harapan dapat
mengenalnya dengan lebih dekat.
Panas hati ku ini apabila rayuanku sedikit pun tidak diendahkannya. Sudahlah aku
menantinya dari pagi sehingga malam menjelma, boleh pula dia buat tidak tahu!
Tanpa aku sedar, aku merampas semua berus lukisan yang entah berapa batang
ditangannya dengan kasar. Ke semua berus lukisan itu bertaburan jatuh ke tanah. Aku
tergamam sendiri dengan sikapku yang tiba-tiba itu. Namun,dia dengan selamba tunduk
mengutip berus-berus itu tanpa memarahiku langsung. Terdetik rasa bersalah dihati tapi....
Aku terperanjat apabila tangannya teraba-raba mencari dan mengutip berus-berus
yang jatuh tadi. Aksinya seolah-olah dia tidak nampak di mana kedudukan berus lukisan
tersebut. Aku terpaku memandangnya. Mungkin terasa diri diperhatikan, dia menghentikan
perbuatannya.
“ Kenapa? Terkejut? Tak sangka?” Bertubi-tubi soalan dia ajukan padaku.
“Err...awak...” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku....
“Ya! Saya buta. Puas?” Aku terperanjat dengan kenyatan yang diberikan.
“Tapi...” Aku tidak mampu meneruskan kata-kata seterusnya.
“Kuasa Allah. Segala yang diberikan adalah kurniaanNya yang tak ternilai...” Dengan
perlahan dia mengungkapkan kata-kata itu yang menusuk ke jantung hatiku.
Barulah kini ku tahu mengapa dia mendapat perhatian ramai. Dia melukis dengan
mata hati. Walaupun buta, tapi setiap lukisannya seolah-olah dia nampak apa yang dilukis.
Dalam diam, aku mengagumi dirinya.
**
Dua tahun kemudian...
“Ikhwan...Suri nak tanya cikit boleh?” Aku memberanikan diri bertanya.
“Hahaha..sejak bila pulak kalau Suri nak tanya, Ikhwan kenakan cukai? Tak ada kan?
Tanya aje lah...” Dia ketawa. Seakan-akan satu jenaka pula padanya.
“Emm... kalau Wan dapat melihat semula, Wan nak kahwin dengan Suri tak?” Aku
memandang tepat ke matanya. Matanya celik namun siapa sangka pemuda kacak ini tidak
cukup satu pacaindera yang tak ternilai harganya..
Kali ini ketawanya semakin galak. Aku hanya membatukan diri.
“ Wan, Suri tak main-main...” Tanpa dipaksa, air mataku menitis. Dia bungkam.
“Suri, Suri sendiri tahu Wan ni macam mana. Wan tidak sesempurna orang lain. Wan
tak layak bergandingan dengan Suri. Wan buuu...” Cepat-cepat aku meletakkan jari telunjuk
ke mulutnya.
Sesungguhnya, aku tidak mahu perkataan akhir itu keluar dari mulutnya. Aku ikhlas
menyayanginya. Dan aku yakin dialah jodoh yang telah tersurat oleh Allah kepadaku.
“Hmm...” Ikhwan mengeluh panjang.“Suri, seandainya Tuhan takdirkan Wan dapat
melihat semula, Wan akan mengawini Suri. Ini janji Wan!” Ayat terakhirnya benar-benar
menbuat hatiku berlagu riang.
Aku akan nantikan saat itu...
***
Suatu pagi...
“Hello, Suri.” Awal pagi itu aku mendapat panggilan dari Ikhwan.
“Wan, kenapa ni tiba-tiba aje call?” Biasanya dia tidak akan menelefonku seawal hari
ini.
“Good news! Tak lama lagi Wan akan dapat melihat semula...” Suaranya kedengaran
begitu ceria.
“ Betul ke ni?” Aku sungguh gembira dengan berita yang disampaikan Ikhwan.
Dalam hati, aku mengucap syukur kehadratNya.
“ Iye, sayang. Minggu depan operation .” Dari suaranya, aku tahu dia sudah tidak
sabar lagi melihat dunianya kembali.
***
Sebulan kemudian...
“Suri! Kenapa Suri cuba jauhkan diri dari Wan?” Walaupun hanya berbual melalui
telefon, suaranya jelas kedengaran tegang.
Ya! Selepas Wan mendapat ‘mata barunya’, aku sudah tidak menghubunginya lagi
mahupun berjumpa. Kali terakhir aku berjumpanya sehari sebelum dia diusung ke bilik
pembedahan. Sengaja igin menatap wajah Ikhwan sepuas-puasnya.
“Suri...cakaplah. Kenapa diam? Suri tak suka Wan dapat melihat semula?” Aku diam.
Tiada kata yang mampu ku ungkapan.
“ Suri..kalau Wan tahu akan jadi begini, Wan sanggup untuk tidak melihat selamalamanya
asalkan Suri tak jauhkan diri dari Wan.” Nada suara Ikhwan berubah kecewa.
Dihujung talian, hanya esak tangisku saja yang kedengaran. Bukan aku tidak mahu
bertemu Ikhwan tapi ada rahsia yang harus ku sembunyikan dari pengetahuannya.
“ Wan nak tatap wajah ‘mata hati’ Wan ni. Dan... Wan nak kabulkan janji Wan dulu
pada Suri. Kita jumpa, ok?” ‘Mata hati?’ Aku tersenyum mendengar perkataan yang disebut
Ikhwan itu.
***
Aku setia menanti Ikhwan di tempat dimana dia pernah melukis dulu. Di sini jugalah
tempat pertemuan pertama kami dulu. Sengaja aku datang lebih awal sebelumnya. Apakah
reaksinya nanti apabila melihatku?
Ikhwan sampai tepat pada masanya. Sewaktu dia sampai ditempat yang dijanjikan
bersama Suri, kelihatan seorang gadis buta turut berada di situ. Dia berasa serba salah samada
mahu terus ke sana atau menanti saja Suri di tempatanya berdiri.
Jantung aku pula tiba-tiba saja berdegup kencang. Aku dapat merasakan seperti
Ikhwan sudah berada dekat dengan diri ini.
Entah mengapa tiba-tiba saja kaki Ikhwan laju saja melangkah ke arah di mana gadis
buta itu berada. Seolah-olah gadis itu menggamit Ikhwan datang kepadanya.
Dengan ringan mulut, Ikhwan menegur. “Err...maafkan saya Cik. Cik dah lama ke
duduk dekat sini?” Sekilas dia memandang wajah gadis buta itu. Cantik! Sudah lama dia
tidak melihat keindahan ciptaan Ilahi itu.
“Ikhwan??? Awak Ikhwan kan?” Ikhwan terkejut kerana gadis buta itu tahu namanya.
“Ya..saya Ikhwan tapi macam mana...” Belum sempat Ikhwan menghabiskan katakatanya,
gadis buta itu bersuara lagi.
“ Sebab saya Su..Suri...” Menggeletar aku menyebut namaku sendiri.
Adakah lelaki dihadapanku ini terkejut apabila mengetahui gadis buta yang dilihatnya
itu adalah aku? Bagaimanakah reaksinya? Sayangnya aku tidak mampu melihat.
“Suri??? Betul ke awak ni Suri? Ikhwan tahu Suri dulu tak macam ni kan?” Agakkan
ku tepat sekali. Ikhwan benar-benar terkejut.
Yang bermain-main di hatiku kini sanggupkah dia menerimaku seperti dulu?
Sanggupkah dia menunaikan janjinya dulu padaku? Aku pasrah andainya dia tidak mampu
menerimaku seperti dulu. Aku terima takdirNya andainya dia bukan untukku lagi.
“Ya Allah...Suri, kenapa Suri sanggup buat ini semua? Kenapa Suri?” Ikhwan
memegang bahuku dengan kedua belah tangannya. Kuat!
“Sebab Suri sayangkan Ikhwan. Suri nak Wan tahu Suri sanggup berkorban apa saje
demi cinta kita ni. Dan paling penting, Suri nak tengok Wan melihat semula. Walaupun Suri
tak dapat melihatnya tapi Suri gembira.” Aku senyum.
“Suri nak tengok Wan melihat semula tapi Suri...” Suara Ikhwan kedengaran sedih.
Benar-benar menyentuh naluri wanitaku ini. Aku terdengar satu esakan kecil dekat
ditelingaku.
Tanganku meraba-raba wajah kacak milik Ikhwan. Walaupun aku tidak boleh melihat
lagi tapi aku tahu dia tetap lelaki paling kacak yang menghuni hatiku ini. Wajahnya basah.
Ya! Ikhwan menangis. Aku seperti tidak percaya air mata lelaki ini tumpah jua akhirnya.
Tidak semena-mena, air mataku mengalir. Bukan kerana menyesal mendermakan mata
milikku kepada putera hatiku ini tapi hatiku benar-benar terkilan kerana telah menyebabkan
air mata lelakinya tumpah.
“ Suri, Suri tahu tak pancaindera yang satu ini penting sangat? Suri tahu tak betapa
besarnya pengorbanan yang Suri dah buat ni?” Ikhwan menyeka air mataku. Mata-mata yang
melihat langsung tidak dipedulikan.
“Suri tak perlukan lagi...” Pendek aku menjawab.
“ Tapi kenapa?” Suara Ikhwan kedengaran terkejut.
“Sebab... Ikhwan mata hati Suri. Suri boleh melihat dan merasa getaran melaluinya”
Aku senyum lagi.
Perlahan-lahan aku merasakan pegangan tangan Ikhwan semakin kejap pada
tanganku. Terasa diri ini teramat dekat dengan dirinya.
“Suri..” Ikhwan memalingkan tubuhku mengadapnya.
“Sudikah Suri menjadi permaisuri hidup Wan? Bukan untuk seketika tapi untuk
selamanya...” Kata-katanya lembut menusuk terus ke jantungku.
Aku tersenyum dan mengangguk setuju. Itulah satu-satunya ayat keramat yang aku
tunggu-tunggu selama ini.
Terima kasih Tuhan kerana menemukan diriku dengan lelaki ini. Aku yakin dialah
jodohku kerana Kaulah mata hatiku. Selama-lamanya...hrmmm...tamat..hehehhe...

kesedihan yang tiada penhujung...

Assalamualaikum...Ya-Allah knp la ttba jer kau nak tulis pekara yg sedih nie...cerita nie juz nak kongsi je la...kesian kat mmber aku ni, sejak kebelakangan nie asyik moody jer...bila aku tnya pe masalah ko nie? dia cume ckp x de pe2...aku mlaz nak tnya lg, tp hati nie x smp la nak tgk dia mcm 2..aku tnya lg..dia diam jer....aku pon diam gak ar...pastu aku ckp kat dia, x pe la kalu x nak kongsi dgn aku....dia terus ckp, "aku ni jht sgt ker? knp org x suke kat aku....aku senyum, umpan aku dah masuk....knp? spe yang x suka kat ko. aku bertanya...dia jwab "knp org x penah nak syg aku berpanjangan, selalu msti x kkl...aku dah wat terbaik utk dorang..knp mereka sanggup buat aku mc nie..aku x penah sakitkat hati mereka..aku sakit sgt bila org wat aku mcm nie...btol la kata org, hbs madu sepah dibuang..x pernah ker mereka perasaan aku nie....tlg fhm aku sedikit jer, aku x mnta pe dari mereka, aku cuma mnta sedikit perhatian dari mereka...slah ker....kejam ke 2....."tu dia sekali keluar lahar gunung berapi....aku plak yg terdiam...hahaha....aku jd kaget bila air mata dia mengalir....maklum la perempuan, mmg mudah kuar air mata...heheheheh...dia ni mmg baik, tp org selalu ambil kesemptan kat dia...ade sorang bdk ni mmg rapat dgn dia, bdk nie pon baik tp perangai dia nmpk sgt mcm guna2 kn mmer kau nie...bila bdk de masalah jer msti cari mmbr aku....walau mmer aku ni dah selalu kna, dia still layan bdk nie....sayang katanya, aku diam je la....tu lg 1 kelamahan mmber aku nie, senang btol syang kat orng....bdk nie dia dah anggap mcm adik sendiri la...dia pon x de adk perempuan...aku selalu ckp kat dia, syg 2 berpada-pada la...skrng ni bdk ni mmg dah lupe dia kot....puas dia call n msg, tp x berbalas....hari2 dia call aku nangis2...aku x tau nak ckp pe lg....aku juz ckp sbar je la....tp aku fhm hati dia.....aku harp bdk 2 tlp la fhm hati mmber aku nie....kalu de pe2 cadangan utk mmber aku nie tlg la beri comment....hehehehehehehe....nak citer lg tp mlaz nak taip....kalu rekod kn senang hhehehehehehe....

Wednesday, November 16, 2011



Assalamualaikum, hujung tahun ni dah 4 claz aku dah ajar....tp dlm kesemua semester yg aku dah ajr, semester nie yg best....semester nie aku btol2 seronok dengan claz SBK4 yang bakal menamatkan zaman belajar nya x lma lg..aku pon x tau mcm ne nak ckp, tp aku rasa claz nie yang aku paling sayang nak melepaskan tamat...tp apakn daya masa ttp akn berlalu...pelajar dlm claz nie x la ramai sgt, cma 27 org jer....dlm ramai2 2 terselit 3 org jejaka....hahahahah.... maklumlah coz bakeri kn....tp walu pun ramai perempuan, aku masih dapat menyesuaikan diri dengan mereka yg mempunyai pelbagai ragam (maklumlah aku nie kn pemalu orgnya hehehe)....bkn mudah nak wat hati org senang dgn kita....dlm claz ade pelajar yang paling senior....namanya Amy..seorang yg berketerampilan sebagai seorng kakak didalam claz....ketua claz n pen. ktua claz yg cukup aku syang dan bangga, Khai(wak din) dan Mai telah menjalankan tugas mereka dengan bersemangat...tp masih mendapat tentangan dari rakan2nya yg lain gak....hahahaha...kelakar rasanya....tp itu lah ragam pelajar...itu lah yg membuat kn aku suka kat claz nie....sentiasa bersaing utk meningkatkan sahsiah diri.....bendahari yg kecil2 cili api pun x kurang hebatnya...berjaya mengawal kewangan selama 2 thun kalu x slah aku....Killa namanya....heheeh....setaiusaha yg berdedikasi, Muiz.... yang lain 2 pun ok jga.... seperti salleh(jgn mkn gula n garam byk), hadi(diet sket, baru hensem), shikin(E'E), tikah gebu, izan(jgn tension2 yer), nik (pelajar yg tkot dengan kejutan), syidah (paling senyap), dayah (mak org heeheh), norehan(an) pnyanyi duet saya, fareeqa (bendahari gak nie,mmg best laaa...), shimah kuatkn keyakinan, shila paling meletopppp, shikin(ratu gelak) kwal gelak 2, jgn bersepah...,dayah ibrahim (big mama), yana, hanis, hana, nadiah, intan, mira, aishah dan juga pelajar senior yg masih x hbs lg aimi....jgn marah yer aimi....pada nama yg sya x sebut dlm nie jgn kecil hati yer....tp sya ras sume dah ade kot......dalam claz ni, aku lebih mudah utk menyampaikan ilmu....walu aku pernah mrh2 dorang, tp dorang still lg nak dtg claz aku.....aku mrh bkn sbb aku benci yer, aku mrh sbb aku syang kn dorang....ingat lag pada kuiz pertama yang aku beri pada mereka, hampir separuh gak la yg gagal...masa 2 aku baran ler....mrh btol aku ri 2...tp bla wat mcm 2, baru dorang de semangt sket nak wat kuiz....hasilnya kuiz kedua n ujian x de spa pun yg ggl....hehehehe....maaf yer SBK4, mrh2 syg sebenarnya....kalu nak citer, mmg byk la pengalaman dengan dorang.....masa wat jualan biskut raya, claz restoren dan juga event2 lain....dan yang paling best mlm 3K... tp biarlah sume 2jd kenangan dlm hidup aku nie....Insya-Allah aku akn terus syg pelajar2 nie.....aku hrp dorang sume akn berjaya dlm kehidupan yg mendatang...aku tidak meminta pe2 dari mereka selain berdoa mereka sentiasa dlm limpahan maghfirah Allah....Ingat yer SBK4, jgn lah berpecah walu kat man u all berada....setiap yg berlaku jd kn kenangan terindah dlm diri kamu...aku akn ttp merindui batch nie smp bila2.....Insya-ALLAH........wasalam....

Tuesday, November 1, 2011

JAUHI DENDAM, DEKATI PERSAHABATAN

Dendam merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam agama islam, dendam itu adalah berdosa. dewasa ini, kebanyakan manusia memiliki sifat ini...tp apa faedah jika kita terus berdendam sesama manusia yang hasilnya cuma membuat kita makin sakit......ayuh manusia, cuba la kita belajar apa itu erti kasih sayang dalam pershabatan sesama kita....Ya-Allah besar fadhilatnya dah hikmahnya...tp haruslah kita ingat, dalam memilih sahabat, harus lah ada caranya....jgn ikut saja. yg baik tu kita ambil, yg buruk kita tinggal....bukan bermaksud kita harus cerewet dalam memilih kwn, tp harus la berpada-pada....terdapat byk penyakit yang akn dtg menyerang jika manusia sering berdendam....Antaranya:-

1.Tekanan darah tinggi
2.Sakit Jantung
3.Kanser
4.Sakit Mental
5.Iri Hati Melampau

ada byk lg, tp ini dah cukup buat kita menderita....harus kita ingat sifat ini harus diubati segera, bimbang jika ianya tidak boleh dikawal....kalau nak dikata cara mengubatinya mmg lah byk, tp kita sendiri boleh mengawalnya...kat sini saya boleh memberi sedikit tips untuk merawat sakit nie.....

Cara merawat penyakit hati busuk ialah dengan :

1. Tidak Banyak Bicara

Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, gosip dan lain-lain.

2. Jaga Emosi dan Nafsu

Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh karena itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunah maupun puasa wajib Ramadhan.

3. Selalu Mengingati Allah SWT

Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam, dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan mengaji atau membaca al-Qur'an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Ini

Dengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.

Insya-Allah semua akn baik jika kita mengamalkan perkara diatas....x susahkn nak amalkan....cuma buat saje, x perlu modal...hehehe

Tuesday, March 29, 2011

mengenali hati seorang wanita.


Apa yang anda faham tentang hati..manusia mendefinisikan hati adalah satu gumpalan darah yang terletak bersekitaran dengan jantung,paru2 n limpa...tapi cuba kita pandang dari sudut mata halus pula, ianya bermaksud satu alat bagi mengawal tentang persaan dan juga tingkahlaku seseorang itu....tapi apa yang boleh aku cakap kat sini, sesiapa yang ada perasaan suka,sedih,gembira,marah dan takut itu mempunyai sekeping hati....sungguh indah ciptaan tuhan nie....dengan tercipta sekeping hati nie, maka terbitlah segala perasaan yang bakal menguji badan kita....ermmm itu hati, apa pulak yang dimaksudkan dengan wanita pula....dari sudut agama, wanita bermula dengan sekeping dari salah 1 tulang Nabi Allah Adam a.s...ia dicipta bagi menjadi teman kepadaNya....tetapi dunia kini menganggap wanita sebagai teman bagi melempias nafsu semata-mata....Apakah kita sedar atau tidak, dewasa ini ramai yang tidak mengenali siapa yang sebenar-benar wanita..sebenar wanita boleh dikenali dari pelbagai sudut, tidak kiralah dari sudut mata kasar,hati,psikologi mahupun nafsu....
Pelbagai andaian telah dibuat keatas wanita, hakikatnya tetap sama...wanita adalah dicipta bagi peneman hidup kaum Adam....kenapa Allah s.w.t mengambil rusuk kanan Nabi Adam untuk dijadika hawa....cuba anda fikirkan....ia bukan dicipta dari tulang dikepala yang kita kena sanjung tinggi dan bukan lah dicipta dari tulang kaki yang boleh dipijak-pijak, tapi ianya dicipta dari sebelah pinggang bagi tujuan untuk dipeluk dan disayangi....(khas buat isteri sahaja)...
Berikut aku senaraikan beberapa perihal wanita....kerana Hati wanita adalah selembut kain sutera...jika dijaga cantiklah bahasanya..jika di abai..Rosaklahiwanya...bila HATI bertemu Hati maka timbolnya perasaan CINTA...
maka kita renung2 kan selamat beramal..hehehe


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia
sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di
tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh CINTA dengan sorang lelaki,lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak
CINTAnya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri
wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan
apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak
CINTAnya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap
dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh
tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua
rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum
sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku CINTA.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
diCINTAInya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. CINTA bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang CINTAkan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia
tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan
baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan diCINTAI dan disayangi sepenuh jiwa.


Nak mengenal hati wanita...?
Nak Mengorat...taktik lama mgkin dah tak jalan..
Gunalah 30 tip berguna nih...k SELAMAT BERJAYA MENAWAN HATI W
ANITA.
..

Tuesday, March 22, 2011

AZAB SEORANG WANITA?


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab,
    "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya."
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
    "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun- ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," sabda Nabi.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
    Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkandirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun- ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub. Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.
Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fat imah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan. sampaikan kepada kawan kita yang lain.